si HANDSOME && si CANTIK!

Friday

last sem

Fuhhhhh lama giler tak update blog. Baru sekarang ada masa nak naik entry, itupun sebab update guna handphone, bangun tidur godek2 handphone, maka terlahirlah entry ni. Hehe.

Well, first of all i would like to wish all of you a very happy new year and happy 2013 yaw. Yess, i know im late, but its better late than never. Hahaha.

Bergelar student semester akhir sememangnya membuatkan aku sibuk sebenarnya. Hewhew. Bila aku cakap aku sibuk dengan buku, nanti korang cakap aku poyo pula, macam aku sorang je study dan bergelar senior hahaha. So lebih baik aku cakap aku sibuk spent quality time  dengan kawan-kawan, aku sibuk melakarkan kenangan kenangan manis di uum. Ye laa, Sintok is too far away from my home, time study je la ada masa nak ke hulu ke hilir, nanti time da kerja aku tak akan kecapi quality time macam gini lagi sebab da busy / focus dengan kerja.

Bila cakap pasal kerja, untuk menamatkan zaman sebagai seorang pelajar degree, aku kena buat internship masa last sem. So cari punya cari tempat, akhirnya aku dapat tempat dekat THP bangunan Selborn dekat ampang sana. Jauh bak anggg. From Kajang to Ampang it might take 1 hour minus with the jammed. Krohhh krohh krohh.

Aku tak duduk rumah sewa since aku pergi kerja tumpang papa dan papa akan drop aku dekat LRT wangsa maju, dan dari sana aku akan ambil LRT straight ke Ampang Park.

Penat memang penat. Siapa kata kerja tak penat. Dulu aku selalu mengeluh bila Jemu jarang bagi masa dekat aku bila dia da kerja. Tapi sekarang aku da rasa sendiri alam pekerjaan. Kali ni aku pula yang aku mengeluh dekat Jemi. Almost every day after balik dari kerja aku akan mengadu benda yang sama. Penat, letih, lemauuu. Dan Jemi akan bagi jawapan yang sama tanpa jemu,

'Sabar ek sayang. Mana ada kerja tak penat. Sekarang you da nampak kan alam pekerjaan macam mana,  penat dia tak sama macam you belajar. Tahan sikit je. 4 bulan tak lama.'

Well its true. Sekarang ni aku akan tidur before 12am. Because i have to wake up early the next morning. Nanti bila tak cukup tidur, badan akan jadi lesu dan mulalah tersengguk sengguk depan pc nanti.

Dulu masa kecik kecik, zaman ni la yang aku tunggu, zaman yang tak perlu pergi sekolah dan pergi kerja sahaja bila cukup bulan dapat duit (gaji). Bila da mengalami zaman ni, aku rasa macam nak give up. Tak sanggup.

Dulu time sekolah rendah, akan ada perasaan tak sabar nak masuk sekolah menengah. Bila da sekolah menengah, tak sabar pula nak habis sekolah. Bila da habis sekolah, tak sabar nak masuk universiti. Bila da masuk universiti tak sabar nak kerja. Tapi bila da start kerja, tetbe rasa nak jadi budak-budak balik. Serious. Ini yang aku rasa.

Kepada adik adik di luar sana, belajar lah elok elok. Tak best manapun bila awak semua da besar. Nak kena fikir macam macam masalah. Masalah itu, masalah ini. But somehow you have to face it all. Its reality beb. Cuma the way we handle the problems tu lain sikit berbanding orang lain.

Ehh yang ada dekat area ampang ke kampung baru ke if nak lunch sesama dengan aku roger je aku. Sebab aku pun bosan kuar lunch sensorang takde member.

// Alhamdulillah, result sem lepas sangat puas hati. Merasa juga sijil dekan sem sem akhir ni. Syukur. Till we meet again, xoxo.





1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete