si HANDSOME && si CANTIK!

Sunday

tak sama.

#entry kali ini agak panjang. harap maaf. jika malas nak baca, sila tekan button 'x' di hujung screen belah kanan. thank you :)

makin nak habis belajar, makin banyak kerja yang nak kena buat. dengan assignments, quiz, discussion, midterms, final exams. meeting sana, meeting sini. event lagi. itu tak termasuk lagi nak cari tempat practical. penat. letih. kalau orang yang tak reti manage time dia, mahu terduduk tersungkur juga. mana nak handle project, mana nak study, nak bahagikan masa untuk orang tersayang. eh?

cakap pasal study, masing-masing ada cara tersendiri nak study. cara kita study tak sama.. sorang macam tu, sorang macam ni. aku secara straight to the point cakap, aku memang pantang kalau ada orang nak compare atau perli cara aku belajar dengan cara dia sendiri belajar.

as i said earlier, masing-masing ada cara masing-masing. kau tak boleh expect orang lain ikut cara kau study. kita study ikut selesa kita, ikut kemampuan kita. contoh member aku, kerja dia tidur je memanjang. time weekend, dia hanya akan bangun tidur untuk solat dan makan dan sambung tidur balik. tapi, mampu je score dalam exam. ada pula jenis yang baca sekali lalu je slide notes, boleh je score. ada certain orang tak payah susah-susah study, berhibur je, dapat juga 4flat. ada orang yang kena 10x baca baru masuk kepala. ada orang kena bangun lepas subuh untuk study, dan ada juga orang yang jenis berjaga sampai pukul 4,5pg hanya untuk study.

contoh terdekat roomate aku sendiri since almost 4years duduk dengan dia. dia memang study bersungguh-sungguh. da banyak kali juga dia tertidur atas meja sambil beralaskan nota-nota kecil nya. jenis dia study tidur awal, dan akan bangun awal juga untuk study. itu roomate aku. aku pula memang tak boleh masuk cara roomate aku study. aku jenis study sampai lewat malam elapstu baru tidur. sebab aku liat nak bangun pagi. so kira kalau time final tu, kami akan bergilir-gilir jaga bilik. aku study dia tidur, dia tidur aku study. hehe.

orang luar memang tak kan tahu cara kita study macam mana. bila dia nampak kita bangun lewat around pukul 11pg dan ke atas, mulalah dia buat andaian ; 'haaaa, baru bangun? elok sangatlah tu anak dara bangun matahari da atas kepala.' padahal dia bukan tahu yang kita ni sebenarnya baru je tidur pukul 6,7pg. kalau da tidur time macam tu, jangan la expect nak bangun pukul 8pg, memang tak la. bukan takde orang yang perli aku, tapi jenis aku, aku tak amek port cakap orang. yelaaa, diorang tak tahu bila kita study, bila kita tidur, diorang just tahu bila kita bangun tidur je. kadang-kadang bila diorang perli, aku senyum je la, malas nak panjang cerita. nanti sound balik boleh gaduh.

lain orang, lain caranya. bila kau da selesa cara study macam tu, tak payah la nak compare kan dengan cara orang lain study. tak payah nak canang yang cara kau study tu bagus, excellent. sebab tu result kau gempak. tak perlu kot. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

sama juga bila kau jawab exam. tak semestinya kau jawab exam panjang berjela-jela sampai tak cukup kertas kau confirm dapat A. dan tak semestinya bila kau ada tinggal soalan kau akna gagal. markah diberi berdasarkan isi-isi yang kita berikan, huraikan. markah tidak diberi berdasarkan berapa keping kertas yang kita gunakan.

ada la sem lepas, subjek makroekonomi aku. lecturer killer. sumpah killer. boleh dikatakan hampir seluruh budak dalam kelas tu gagal dan kena repeat. dan hanya beberapa orang je yang lulus. dan alhamdulillah aku tergolong daripada orang yang lulus walaupun aku ada tinggalkan 2 soalan tidak berjawab (tak sempat jawab) dan soalan itu bernilai 14markah. banyak tu. tapi still ada juga kawan yang pertikaikan kenapa aku lulus.

'alaaaaa macam mana zaty boleh lulus, orang boleh snagkut? zaty kan ada yang tak jawab soalan. orang jawab semua kot. siap minta kertas lebih lagi.'

erkkk. muka aku ni tak layak ke nak lulus subjek tu? aku nak je cakap ; 'minta kertas lebih tapi kalau tak de point puntak guna juga. tak kan dapat markah pun.' tapi nak jaga hati kawan kan. aku cuma jengket bahu je dan cakap dekat dia mengkin rezeki berpihak pada aku.

dan ada juga orang yang mengeluarkan pendapat macam ni, 'pencil box besar kalau tak dapat 4flat juga tak tahulah.' woiiii, apakah? untuk mendapat 4flat kena tengok pencil box? semakin besar pencil box/ beg yang dipakai, semakin carah peluang untuk dapat 4flat. begitu?

fikir sebelum bercakap, kadang-kadang tak semua orang boleh terima apa yang kita cakap. dan jangan suka perli atau buat perbandingan dengan orang. ce kalau kita yang kena banding dengan orang, apa yang kita akan rasa. keyboard off.

1 comment:

  1. point pencil box besar 2 (funny point) kalau ade org sound mmg 2 kasi WATCHHAA jer kt dia...otak xde ka?? haha...bodoh btol statement dia...

    ReplyDelete