si HANDSOME && si CANTIK!

Monday

penutup cuti midsem

hello. cuti midsem baru je habis. i is sad :( sebab lepas ni habis je cuti akan kembali sibuk seperti sebelum cuti. ini kerana masih ada 4 lagi midterm yang belum dijawab dan 8 assignments yang masih mintak dibelai dan disentuh. hewhewhew. okay stop cerita dulu pasal assignments dengan exams sebab nanti pening kepala. aku update blog ni pun sebab nak cerita pasal penutup cuti midsem, so, kita cerita pasal cuti je la okay? ;p

da ready nak dengar / baca? okay lets go!

aku balik Sintok Sabtu malam. awal kan? sebab Ahad pagi ada assignments yang nak kena hantar :( jadi, Khamis tu Nazmi turun kl. haruslah menikmati saat-saat penghujung cuti bersama-sama. okay muntah. tak de la, since kami ni LDR so time time macam ni la nak spent time together. quality time la konon. kan da melalut. aku cuma nak cerita betapa banyaknya kitorang makan bila keluar bersama. so, memang entry kali ni penuh dengan gambar makanan je. tahan je la nafsu / air liur tu jangan meleleh.

Khamis tu bila Nazmi sampai je KL, tempat pertama yang kami sampai adalah rumah kakak Nazmi dekat Setiawangsa. Datang sebab nak tengok anak buah dia since kakak dia baru lepas bersalin (2 bulan lepas), so dia ajak melawat jap. Kitorang dinner dekat rumah kakak Nazmi. Makan nasi, ayam goreng, tempe goreng, sambal ketuk, kobes masak lemak. So da alang-alang dekat Setiawangsa tu, before Nazmi nak hantar aku balik, kitorang singgah Wangsa Maju jap, nak rasa berger bakar. Padahal baru je makan nasi. Sampai je dekat berger bakar, tudiaaaaaaaaaaaaaa panjang giler beratur. no wonder orang cakap if tak mampu nak tunggu 3jam, jangan tunggu. tapi disebabkan kami gigih, kami tunggu juga.

gambar ihsan dari google

Bayangkan untuk dapat berger bakar tu aku dengan Nazmi kena tunggu 1jam 30min. Order pukul 10pm, dapat berger pukul 11.30pm. Tapi, berbaloi la sebab sedap. Daging berger dia mampat. Penat juga nak mengunyah. Aku yang order single pun tak larat nak habiskan, inikan orang yang order sampai 8 tingkat berger -____________-' okay, perut da kenyang, boleh pulang ke rumah dengan senang hati.. hehe.

Jumaat kitorang da plan nak buat movie marathon. So lepas solat Jumaat, Nazmi amik aku terus shoot ke Curve nak tengok movie. Padahal sebelum gerak aku da makan nasi + ayam masak merah, Nazmi plak da makan nasi + ikan keli sambal. Bila da beli tiket wayang start pukul 6pm tapi masa tu baru pukul 4.50pm, so kami decide nak makan lagi sementara nak tunggu wayang start. maka, ke ikea la kaki kami.



order pula tak ingat dunia. makan macam tak pernah makan before ni padahal baru je makan nasi -_______-' kami order meatball ikea, 2 sets chicken wing, egg tart dengan blueberry cake. tak agak kann? lepas da kenyang, kami pun masuk wayang. disebabkan marathon movie, kami tengok 2 movies, mirror mirror dengan battleship. habis wayang semua around 10.30pm. sementara nak tunggu eyfa balik, kitorang lepak Asia Cafe dekat Subang, makan lagi. Kali ni kami order Black Pepper Chicken Chop dengan Takoyaki. bila perut da kenyang baru boleh balik kan? hewhewhew


Sabtu pula, the last day before im going back to sintok, kitorang pergi lunch skali dengan eyfa, tunggu eyfa balik kerja semua, bila lunch, macam biasa la makan nasi. hewhewhew. lepas settle lunch, hantar eyfa balik rumah, then we off to Bukit Bintang. since aku naik bas dekat Pudu pukul 10pm so we decided to go area yang dekat situ je. malangnya, hujan pula petang tu, so tak dapat nak merayap lebih lebih, so, kitorang just lepak dekat Chatime Lot10 sementara nak tunggu hujan berhenti. sambil tu tengok la keadaan jalan raya di Kuala Lumpur apabila hujan turun. jammed woiii.


bebual punya bebual. macam macam yang kitorang bual kan. sedar tak sedar hujan still tak berhenti juga. perut da lapar. da nak dekat pukul 7pm da pun. so kami shoot pergi cari kedai makan. tadaaaaaaa. kami makan black pepper chicken rice. hewhewhew. hujan turun, sejuk, memang sedap makan makanan panas2 ehehehe


cukup sampai sini je. ohh yaa, before aku naik bas, kira before aku balik, Nazmi paksa aku timbang berat depan dia. dia nak pastikan berat aku naik. dan bila dia da nampak depan mata sendiri yang memang berat aku da naik, dengan selamba dia cakap, 'ohh okay good. i just nak pastikan yang you tak mati kebulur je bila keluar dengan i.' -__________________-'


No comments:

Post a Comment