si HANDSOME && si CANTIK!

Monday

dulu lain, sekarang lain

dulu bila sorang tak kesah nak kawan dengan sesiapa. nak kawan dengan perempuan, nak kawan dengan lelaki lagi la boleh. ini cerita bila kawan berlainan jantina la. tak kesah nak lepak dengan lelaki ke. tak kesah nak lepak dengan lelaki sampai pukul berapa as long as beragak la nak lepak sampai pagi pun. tak kesah nak main mesej dengan lelaki sampai pukul berapa dan di mana jua anda berada. tak kesah nak bergurau bertepuk tampar mintak penampar semua.

tapi,

bila berdua, kena fikir juga pihak yang lagi satu. kena fikir juga perasaan dia each time kita contact kawan-kawan lelaki kita. kena berlapik bila nak bergurau dengan kawan lelaki kita. bukan tak boleh contact, boleh. cuma ada gaya dia. yang kawan lelaki pula, kena la faham bila member tu da ada boyf, beragak la nak berbual tu, jangan terlebih mesra. bila kita tak suka pasangan kita buat (bertepuk tampar dengan kawan perempuan dia) seeloknya kita pun elakkan bertepuk tampar dengan kawan lain jantina kita.

cuma bila,

member kau dah ada boyf, dan tak layan kau lagi, jangan lah anggap member kau tu sombong. 'elehh mentang-mentang da ada balak sekarang, kerek pula dengan aku!' bukan kerek, cuma sedang mencuba menjaga hati pasangan. give and take dalam perhubungan kan perlu. kalau kita sendiri tak jaga hubungan kita, siapa lagi kan nak jaga dan selamatkan hubungan kita.  :)


1 comment: