si HANDSOME && si CANTIK!

Monday

imbas kembali

Hye. Da masuk bulan March kan? So, apa yang special nya bulan March tahun ni? Well followers, I'm actually counting days to attend to Miza's wedding this 15th March. Whooooot whoooot. Miza ni one of my bestfriend time kat sekolah teknik dulu.

Miza tu yang hujung kiri sekali. yang hujung kanan Nani

Macam ni, dulu kat sekolah teknik, time aku form 4, aku memang rapat dengan Select, Eyfa, Fefey. Time form 4, kitoang ni memang cukup anti giler dengan Miza. Maybe menyampah dengan tone suara dia yang gedik gedik nyaringg. Ehhhh? Dulu Miza ni HOT. Sumpah tak tipu. Orang cantik, putih, kurus, selim melim, tinggi, siapa tak nak woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Zaman kegemilangan Miza masa form 4. Memang berduyun orang nak kat dia, tapi, dia lagsung tak layan pun semua lelaki yang minat dia. Kebal kan? Semua dia akan pass dekat member member dia.

Well, nak dijadikan cerita, masuk form 5, aku, ceyra, myra masuk asrama. Miza ni dulu rapat dengan Dyla dengan Nani. Dyla ni pula baik dengan Eyfa. So, da boleh nampak macam mana kitorang jadi rapat? Disebabkan aku, Ceyra dengan Myra ni baru masuk asrama, jadi kami rapat. Dan disebabkan aku dengan Select rapat, maka secara automatiknya Ceyra dengan Myra rapat juga dengan Eyfa dan Fefey, kebetulan mereka ditempatkan di dorm yang sama. Dan disebabkan Dyla dengan Eyfa rapat, so secara tak langsung Eyfa baik dengan Miza dengan Nani.. Jadi, bila Eyfa da start baik dengan bebudak ni, aku, Fefey, Select, Myra, Ceyra pun boleh rapat dengan Nani, Myza dan Dyla.

Kami bersembilan. Sembilan? Yerr, ramai kan group kami. Bermulalah kehidupan susah senang di asrama yang kami harungi bersama selama tidak lebih 3 bulan. Yer, 3 bulan je aku duduk asrama. Sekejap kan? Tapi, sekejap tu la yang memberi impak yang besar sampai sekarang. Masa di asrama, kami bukan la golongan murid yang baik. Ini benar. Sebab tu kami bertahan 3bulan je.

Setiap hari, setiap minggu akan ada je nama salah seorang daripada kami yang kena sebut sebab melanggar peraturan asrama. Nama kena sebut guna microphone okay, siap buat announcement lagi suruh pergi pejabat. Malu doh. Budak form 4 dengar, form 5 dengar. Pastu bila nak kena pergi pejabat, kena lalu blok lelaki, da la perangai budak lelaki kat sekolah tu tak matang, tahu nak BOOOOOOO orang je, pastu jerit nama kitorang dari atas blok diorang. Batak btol. Nama kami di asrama memang cukup gah. Sampaikan HATERS bagi nama kat group kami 'GC'. Mesti korang nak tahu kan apa makna GC tu. Rahsia tu biar kami dan budak sekolah je tahu. Memalukan. Ehhh? Hahhaha.

Ada je kesalahan kami yang budak-budak ni nampak. Kadang-kadang kesalahan yang kecil pun diorang nak mengadu dekat cikgu. Duhhh, budak-budak sangat kann? Nak tahu apa kesalahan kami dan denda nya? Mehh aku nak list mana yang aku ingat ;;

  • Bila time sembahyang berjemaah, nama kitorang selalu naik sebab buat bising dekat surau. Padahal punya lah ramai lagi yang buat bising, kitorang juga yang kena.
  • Barang rampasan? Myra pernah kena rampas make-up dia. Padahal dia da nyorok dalam tin biskut kot. Da cover dengan biskut-biskut still kantoi juga. Nampak sangat KD (Ketua Dorm) memang da aimed Myra.
  • Untuk perempuan, bila period, memang ada bilik khas untuk duduk sementara tunggu budak-budak lain habis solat berjemaah. Disebabkan kami degil ; aku, Myra, Eyfa, Select tak duduk pun dalam bilik tu. Kami cabut duduk dalam bilik prep. Sanggup bergelap duduk bawah meja sambil makan roti dan redbeans. Bila kantoi dengan warden, kami kena denda prep malam depan rumah warden selama seminggu!
  • Group kami memang tak pernah kantoi HP, disebabkan aku prefect sekolah, setiap kali ada spotcheck dekat asrama, hp diorang semua sembunyi dalam blazzer aku. LOL.
  • kantoi kain dalam? Banyak kali. Lagi lagi time raw-call. Akibatnya, selama 2 minggu kitorang kena prep malam pakai baju kurung beserta kain dalam, dan lepas habis prep malam kena buat laporan dekat warden menyatakan yang kami pakai kain dalam malam ni. -_____-'
  • Dalam bilik prep, aku, Select, Ceyra sebilik. Eyfa, Fefey, Myra, Dyla sebilik. Nani sebilik prep dengan Myza. Disebabkan kami 9 orang, warden suruh kami berpecah bilik prep, tak boleh duduk 1 bilik dengan sesama geng.
  • Eyfa pernah kantoi sebab dia warnakan rambut dia, disebabkan warden tu memang anti dengan kitorang, dia suruh Eyfa hitamkan rambut Eyfa semula dengan hanya menggunakan shampoo sahaja. Lepas tu tunjuk semula perubahan warna rambut tu dekat dia. Hahaha
Sebenarnya banyak lagi kes yang kitorang buat, tapi tak ingat. Serious tak ingat sebab da hampir 5 tahun tingglkan zaman sekolah. Btw, warden kitorang bukan hanya cari kesalahan kami dekat asrama je, kami dekat sekolah pun sibuk juga cari kesalahan kami. Haihhh tak faham sungguh aku.

Dan disebabkan aku pengawas, dan untuk menjaga reputasi dan nama baik aku *ecehcehcehceh* aku dinasihatkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid supaya keluar dari asrama supaya keadaan tak menjadi bertambah buruk. PKHem sendiri baiii datang jumpa aku, slow talk dengan aku. So, since Eyfa pun da keluar asrama, aku pun menyusul jejak langkah Eyfa. Lepastu sorang-sorang kawan-kawan kitorang keluar asrama. Mula-mula Eyfa, lepastu aku, lepastu Select, fefey, Ceyra, last skali Myra. Yang tinggal hanya Dyla, Myza dengan Nani je.

Tapi still persahabatan kitorang masih kekal sampai sekarang. Buktinya, end of last year kitorang pergi Melaka together tengok Myra dekat sana sebab Myra study MMU melaka. Tapi, time tu Nani tak dapat ikut sebab dia ada camp, Dyla plak dekat Somban, Fefey, Select, Ceyra tengah kerja dekat JB, so, kami je la yang pergi.

Eyfa, Myra, Miza, Zaty

friendsforever kannn? :)
-THE END-

No comments:

Post a Comment