si HANDSOME && si CANTIK!

Thursday

seoul garden with gegirl

a week after i finished my final, i went back to JB to collect all my stuffs since i had moved to Kajang. Almost a week jugak la i in JB. So, i decided, eh no no we decided including me, echa and art to meet up. Since last time we chilling together before naik sem hari tuu. Time tu aku tiba-tiba teringin nak makan kat Seoul Garden, so i asked art whats planned on that day?

Art : Kau tak nak jumpa aku ke before balik Kajang tatyy?
Me : Nakk laaa. Kan nak keluar together nanti dengan echa.
Art : Yeayyyyy. Tak sabar nak jumpa kau.
Me : So apa plan hari tu?
Art : Aku teringin nak makan Seoul Garden. Jomm jomm.
Me : Arttttt. kebetulan aku pun teringin nak makan sana sebab tak pernah makan sana lagi.
Art : Okay cun. Jangan lupa bawa matrik card, boleh dapat discount nanti.
Hahahahaha.

So, here we go.

Bagi siapa-siapa yang tak pernah pergi dan jakun macam aku and echa (ini first time kami -____-') so aku nak cerita sikit pasal Seoul Garden ni. Makanan kat sini lebih kurang macam makanan Korea. Macam steamboat pon ada jugak. Korang boleh grill daging / ayam / udang / sotong / kerang / kupang / sepah (tak sure la nama dia). Yang steamboat tu korang boleh pilih sama ada nak kuah tomyam or apa ntah lagi aku tak ingat. Hahaha. Kat sini pon ada meggi or mee kuning or bihun untuk korang celur dalam tomyam korang nanti. ehh kuah tomyam tu boleh refill in case habis.


Ohh btw, yang hidangan grill tu korang boleh pilih sama ada nak ayam korang perisa bbq ke satay ke tomyam ke blackpepper ke macam-macam lagi. Yang best dekat sini, sebab ada dessert. Dessert dia best. Tapi semua korang kena buat and amek sendiri termasuk la amik air. Korang boleh refill air korang sampaila korang rasa senak perut. Selain tu, kalau korang nak nasi goreng or sosej goreng pon ada. Just amek je sesuke hati korang.

Tapi make sure, setiap makanan yang korang amik tu MESTI HABIS. wajib okay. If tidak, korang akan di charge. setiap makanan yang tak habis akan dikenakan bayaran 100g/Rm5 kalau tak silap aku la. Rugi kann? So, aku nasihatkan korang, korang amek sikit-sikit dulu, tapi kerap. Faham? Nanti da habis boleh amek lagi. Korang boleh stay lama-lama dalam kedai tu, tak de siapa akan halau. Kitorang spent almost 3 hours untuk makan je. Hamekkk kauu. 3jam makan tanpa henti, meriahh perut kau :)


Pasal harga pulak. aku rasa berbaloi. If korang guna student card, it only costs you about rm21++ tapi, if tak de student card rm25++ kott. berbaloiii apa. Bayar macam tu dan kau makan la banyak mana yang kau nak makan dengan syarat HABIS!

NEXT! selepas da melantak macam orang tak jumpa makanan. kitorang bercadang nak pergi Taman Bunga, tapi malangnya, taman bunga tutup buat sementara waktu, for renovation maybe till next year baru available :( so sad. so, kitorang pun pergi jalan-jalan dekat Jalan Dobi pergi tengok kedai-kedai vintage and yes echa and i bought a skirt cost rm10 only hehe. lepastu kami terus shoot pergi Dangan Bay dan bersembang sampai rasa puas.


sekian sahaja untuk entry kali ini. see u soooooon :)


2 comments:

  1. wah..!! sungguh menerujakan lar..!!! Nak try nanti. :)

    ReplyDelete
  2. Wow saya suka tgk gegirl semua cute mute...

    ReplyDelete