si HANDSOME && si CANTIK!

Thursday

penguhujung sem 5


hye. hello. aku tahu lama aku tak update dekat blog aku ni. busy la busy busy.. nak hujung hujung sem ni. bukan busy study. tp, busy dengan yang lain-lain. haha. so, this week ialah minggu yang paling busy dan minggu yang paling best serta terbaik sepanjang sem 5. nak tahu kenapa? sebab minggu ni minggu makan. almaklumlah nak hujung sem da, so, dinner itu la, dinner ini la, bbq itu la, bbq ini la. untung laa orang tu dinner hari-hari makan sedap. ehhh? hahaha. jommm cekidoutttt.

17hb
Jamuan Blok
Jamuan ni dari bab makanan, memang aku yang handlekan semua dari A-Z. Mungkin Qila percayakan aku sebab last sem pon aku handle juga dapat la cut cut cost mana yang perlu. So, menu untuk malam tu ialah Nasi Tomato, Kek Coklat, Koktel Buah dengan Air Ribena. Apa yang special malam ni sebab Koktel Buah tu aku dengan Eun yang buat. Berkat hasil air tangan aku dengan Eun, koktel kami yang paling laku. Kerlasssssss kauuuu jahhhhhh :)

 *gambar ihsan dari google*

19hb
Darbian's Night
Seperti sem-sem lepas, kolej aku memang akan adakan dinner setiap sem. Cuma sem ni nampak UP sikit sebab buat kat DMas siap bertema bagai -________-' Tema malam tu Elegant! Jenuhhh juga la nak cari baju nak mengkiut tema. Pada mulanya, aku, sya, abil, qila dengan yana kena duduk meja VIP sebab kitorang merupakan pengarah projek sepanjang tahun 2011, tapi, disebabkan kitorang ni kesayangan ramah (ehh?) kitorang disuruh duduk meja VVIP. perhhhhh. Siapa tak nak kan? Makanan da terhidang, lagi special. Kitorang terus la bersetuju.
Menu : Nasi Beriani Ayam Goreng. Sotong Goreng Tepung. Puding Jagung. Ikan Ayam Masak Pedas (kot!). Acar. Pisang. Air Oren.





 20hb
BBQ Top Chef Challenge 2011
Masih ingat dengan Program aku buat sem ni? Alaaaa Program Top Chef Challenge tuuuuuu. Haaaa, malam ni la penutup segala program aku ni. Hasil baki duit yang banyak gak laa, kami decide nak buat makan-makan sikit. Sempena meraikan kejayaan program tu dan sebagai ucapan terima kasih aku kepada anak-anak buah aku semasa program itu berlangsung. Malam tu pon kami just order nasi goreng je. yang lain semua buat sendiri (ayam bbq) kecuali kek SR tu. 
Menu : Nasi Goreng. Ayam Bakar. Sosej Bakar. Puding bermacam kaler. Brownies Kek.










22hb
Makan Besar
Makan besar bersama kawan-kawan beramai-ramai. Tudiaaaaaaa. Rancangnya semalam (21hb) tapi, si zack, aji, dengan sya ada dinner COB, so, terpaksa la postpone (susah kalau kawan dengan orang-orang penting ni!) memandangkan aku, zack dengan sopi akan balik rumah malam tu. Yang join ni kita-kita juga. Aku, abil, sya, qila, zack, sopi, faiz, jamal, aji, apis dan babyy. Untunglahh jadi baby tu, pergi mana-mana kawan-kawan aku tak pernah lupa ajak dia (ehh?) haha. Menu malam tu : Nasi putih. Tomyam seafood. Sotong goreng tepung. Baby khailan. Telur dadar. Ikan siakap 3 rasa. Perhhhh. Memang terbaik la.






// sem ni paling best paling penat paling tak cukup masa paling banyak kenangan manis pahit paling terbaik. me gonna misssss you semester 5. goodbye.


No comments:

Post a Comment