si HANDSOME && si CANTIK!

Monday

pelekat kenderaan

Aku sebenarnya kekeringan idea untuk menulis blog ni, tapi, bila tengok dekat sticker motor aku tadi, aku tergerak hati nak buat cerita pasal sticker kenderaan pulak dalam blog ni. Okayy. Dekat tempat korang belajar kan, kena tak apply sticker untuk memohon kebenaran untuk membawa kenderaan, tak kira la kau nak bawa motor ke kereta ke lori ke. Ehhhh. Ada tak? Ada tak? Ada tak?

Well, dekat tempat aku, dekat UUM tercinta ni ada. Macam-macam procedure yang perlu dituruti dan dipatuhi hanya untuk mendapatkan sekeping pelekat. Susah tu memang tak susah. Tapi, leceh. Faham leceh? Faham apa beza susah dan leceh? Bagus.

At first, korang kena amik borang dekat ofis kolej masing-masing, lepastu korang kena ada surat insurans, roadtax, salinan lesen, senarai aktiviti (sira) bukti samada korang aktif ke tidak dekat kolej, mungkin sijil juga diperlukan, dan yang paling leceh buat surat akuan sumpah, siap dengan cop dekat pejabat akuan sumpah tu lagi. Dulu tak de pon surat akuan sumpah ni semua, just surat kebenaran ibubapa/penjaga yang menyatakan kebenaran anak mereka bawa kenderaan. Itu dulu la, sekarang da lain.

Okayy, bila da settle segala dokumen tu, barulah korang boleh hantar dekat ofis untuk proses selanjutnya. Yerr, proses inilah yang memakan masa terlalu lama bagi aku. Aku cakap bagi aku, terpulanglah pada masing-masing. Ada kalanya memakan masa sebulan, 2 bulan, mungkin juga 3 bulan. Ada juga kes lagi sebulan nak study week, baru lulus sticker. Ehh apakahhh?

Okayy, next, kalau da lulus tu bagus, alhamdulillah. Tapi, bagi yang tak lulus tu yang parah. Kena buat rayuan, kena jumpa pengetua semua. Kalau lulus pulak, either kau kena bayar rm3 (motor) , kereta (rm5) ini bagi pelajar yang aktif. Bagi pelajar yang tidak aktif, tapi diluluskan, mereka dikehendaki membayar rm100. Banyakk owhh seratus. Tiba-tiba aku rasa pembaziran bagi siapa yang kena bayar rm100 untuk motor, lagi lagi bila dapat kelulusan lagi sebulan nak study week. Membazir.

Procedure kelulusan tu yang sebenarnya makan masa yang agak laaaaammmaaaaaaaaaaaaa. Nak sign pengetua lagi, kena hantar dekat HEP lagi. So, ari tu aku terfikir dengan si Qila cara-cara nak mempercepatkan procedure permohonan sticker.

So, apa kata, untuk memudahkan pelajar dan juga pihak lain, kita tukar procedure dia. Kalau sebelum ni pelajar kena mohon sticker right after diorang start sem kan? Why not kali ini kita bagi kelainan, pelajar kena mohon sticker before cuti sem. Kira, kena settlekan segala jenis document tu before cuti sem. So, segala procedure dia, let say macam sign pengetua ke, proses HEP ke boleh dibuat semasa cuti sem tu. As a student, tak de terasa lama sangat nak menunggu permohonan sticker tu diluluskan. So, bila da start sem baru, time budak-budak nak daftar, just tinggal nak bagi je sticker tu dekat pelajar yang mohon.

At least, kalau ada yang kena bayar rm100 pon kira worth it la. Sebab, kau bayar rm100, kau boleh guna 5 atau 6 bulan. Daripada kau bayar rm100 tapi, kau dapat guna dalam masa sebulan je. Lagi-lagi sekarang ni sticker kena mohon setiap sem.

Nasib baik la permohonan sticker aku tak pernah sangkut lagi. Fuhhhhhhhhh selamat.


1 comment:

  1. owhh payoh benor system sticker gitu,,.naseb bek cerdik pndai..boleyh pikir cara lain lagi..kudos!

    ReplyDelete