si HANDSOME && si CANTIK!

Wednesday

Sarawakian



Patotnya da lama aku nak post pasal aku pergi bercuti dekat Sarawak. Tapi, asyik postpone je -.- Bayangkan, awal Ramadhan pergi Sarawak, nak dekat raya baru nak cerita. Wakkkluuu la zatyy oii. Hahhaha. Enjoyy la tengokk gambar-gambar ni. Have fun uolls.


TAMAN BUAYA

kat sini ada beriban-riban buaya. macam-macam jenis buaya. ada buaya besar, paling besar, sangat besar. ada buaya mulut muncung tirus, buaya kodong, buaya tak de ekor. serius. aku tak tipu. buaya-buaya ni mostly diorang tangkap dekat Sungai Sarawak tuuu. Best. Teruja. Yang paling best bila time bagi buaya makan, buaya tu siap melompat okay nak sambar ayam. perhhhh. Aku orang paling excited sebab aku yang beriye-iye pujuk papa nak pergi Taman Buaya ni. Papa cakap aku jakun macam budak kecik. Okay fineee.


ORANG UTAN
 Lepas pergi Taman Buaya, kitorang pergi tengok orang utan pulak. Penat. Sangat penat. Mana ada orang buat jungle tracking time bulan-bulan puasa nih. Masuk hutan, turun, naik bukit. Apa yang menarik pasal orang utan ni, orang utan ni pon ada SIJIL LAHIR macam manusia gak weyh. Jangan terkejut la kalau lepas ni diorang pi sekolah, belajar sama-sama dengan korang -.- okay itu serius tak lawak.



nasib baik dekat Sarawak ni waktu buka puasa diorang cepat. So, tak de lah penat sangat. Balik dari jungle tracking tu terus pergi bazaar beli makanan untuk berbuka :)

LAST DAY



Last day dekat Sarawak aku sempat pergi Pasar Sarikei.. Kat situ banyak jugak la jual barang-barang untuk buah tangan. Tapi, mostly barang tu datang dari Indonesia. So, terasa macam tak ori la pulak. Yelaa, pergi Sarawal, mesti la nak cari barang Sarawak. Kalau nak cari barang Indonesia, baik pergi Indonesia kann. Am i right? Sebab tu lepas balik Sarikei, kitorang pergi kedai cenderamata dekat area Kuching tu. Berbaloi-baloi.

Tu je la kot nak cerita. KBye.
//Raya nak dekat da weyhhh.


No comments:

Post a Comment