si HANDSOME && si CANTIK!

Tuesday

kahwin muda ke kahwin tua best?

Assalamualaikum. Sebelum memulakan coretan pagi ni, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada kaum muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini membawa kenangan manis pada kamu kamu semua :)

Aku tertarik untuk mengupdate blog aku kerana, pagi semalam (Selasa) time aku otw balik pulang ke rumah dari kampung (gigih kan aku drive lepas sahur), aku dengar radio HotFM dalam ruangan HotChat. Topik yang dibualkan agak menarik minat aku. Nak call time tu tengah mamai-mamai, so, apa yang aku mampu hanya menaip segala pandangan aku supaya dapat dikongsikan bersama kamu kamu semua. Ohh yaa, topik yang dibualkan pagi semalam ialah :

"SUSAH SENANG KAHWIN MUDA"

menarik tak? menarik tak? baik angguk kalau tak aku sepak. *panggg hahaha.
Banyak jugak la feedback yang aku dengar semalam. Biasalah mintak pendapat, mesti ada yang SETUJU kahwin muda, dan ada jugak yang TIDAK SETUJU. Tapi, mostly kebanyakan nya TIDAK SETUJU.

Kau ingat senang ke bab-bab kahwin ni? Lagi-lagi bila kau kahwin dalam usia kau yang baru nak meningkat remaja, baru nak kenal dunia luar. Contohnya kahwin lepas habis SPM. Perghhh. Kalau aku dulu time lepas habis SPM sibuk fikir lepas ni nak sambung belajar kat mana? Nak amek Dip ke Matrik ke or STPM or Swasta ke? Nak kena g PLKN lagi.

Diorang yang SETUJU kahwin dalam usia muda ni semua bagi reason yang sama je ;
" Dari dok bawa kehulu kehilir, dari dok buat perkara yang bukan-bukan lebih baik kahwin je."
makk aihhh. Kau bercinta memang berdasarkan hawa nafsu semata-mata? dan, ada jugak yang bagi reason ni,
"Umur saya 35tahun, umur anak saya yang sulung da 15tahun" -ni perempuan la yang call.
okay, kalau menurut jawapan di atas ni, mungkin dia kahwin awal sebab dia tak nak bila dia da pencen kerja, masih ada lagi anak yang kecil-kecil yang masih lagi bersekolah. menyusahkan mungkin. sebab tu dia kahwin awal sebab, nanti bila anak da meningkat remaja dia tak de la da keropot sangat. so, bila orang ramai tengok sekali pandang macam adik dengan kakak. Dalam erti kata lain, dia nak suruh orang puji dia muda. Alaaa, macam Demi Moore dengan anak dara dia Tallulah. Sebab tu si Demi tu boleh dapat Ashton Kutcher yang bujang dan tampan. Pheww phewww.

Bagi mereka yang TIDAK SETUJU pulak, diorang lebih mengutamakan dari segi Financial. Pada diorang kalau boleh nak kahwin, biarlah kewangan tu dah stabil. Yang lelaki tu, kalau nak kahwin, biarlah ada rumah, ada kereta. Barulah nampak da bersedia nak tanggung anak dara orang. Ini kalau duit pon masih nak mintak dekat MakBapak, bakal mertua pon tak confident yang korang mampu ke tidak nak jaga anak dara dia macam mana diorang jaga. Iyer, memang betul kasih sayang, cinta tu da cukup. Tapi, benda tu boleh ke tukar jadi duit untuk beli rumah, kereta, lampin anak, susu anak? Bukan la bersikap Materialistik, tapi, dalam keadaan dunia yang serba canggih macam sekarang, duit tu PERLU. Even nak masuk toilet pon guna duit. 5posen kauu. hahaha.

Yang perempuan pulak, kalau boleh sebelum kahwin biarlah ada saving sendiri. Ada asset sendiri. Tak salah kan? Jangan lah 100% depends on bakal-suami. Memang la bila kita kahwin, kita nak jodoh kita berpanjangan, tapi, in case la something bad happen to your marriage, at least kau da ada back up plan kan. Kita kan manusia yang hanya mampu merancang, tapi, Tuhan yang tentukan segalanya.

Lagi satu, kalau yang nak kahwin muda tu, agak-agak tak ready lagi nak ada anak, baik janganlah. Nanti kesian je dekat budak tu. Sebab MakBapak dia tak dapat nak penuhi segala keperluan / keinginan budak tu. Naye je weyh. Lainlah kalau kau memang dua-dua anak jutawan, yang memang stock kaya giler nak mampus yang sampai harta 7 keturunan pon tak habis, kalau macam tu, memang la korang dipersilakan kahwin -.-

Pada aku la kan, kahwin di usia muda ni, lagi banyak yang buruk dari yang baik. Bukan bermakna takde langsung kebaikan nya kann. Kalau agak-agak kahwin ni menyusahkan, Hold dulu. Maksud menyusahkan disini ialah, kau sampai kena buat loan berpuluh / beratus ribu semata-mata untuk kahwin je. Pada aku macam tak berbaloi kot. Nak kahwin je pon sampai kena buat loan bagai. Kalau kau buat loan nak beli rumah / kereta tu munasabah la jugak.

Pada aku jugak, usia remaja ni la yang kita nak rasa dan nikmati. Remaja ni sekali je. Kalau kau terlepas peluang ni, kau tak kan dapat peluang ni lagi 10 tahun akan datang. Time korang bujang ni la kau nak enjoy dengan kawan-kawan. Salah satu wishlist aku before aku kahwin ialah, aku nak keliling dunia dengan kawan-kawan aku. Yelaa, penat lelah kita kumpul duit kerja, at least nak rasa something yang worth it. Kalau da kahwin, memang kau tak kan la dapat peluang macam ni. Gila ke nak round the world dengan kawan-kawan kau, yang lain sume bujang lagi baru kau sorang je terkial-kial bawa handbag (anak), tak ke haru namanya? haihhh.

At least before kahwin, aku nak jugak bagi parents aku rasa duit gaji aku. Selama ni asyik diorang je yang tanggung aku.

Disebabkan cousin aku pon ramai jugak yang kahwin awal (dalam 2 orang macam tu), so, aku dapat tengok sendiri perbezaan cara hidup yang kahwin lambat dengan yang kahwin awal. Sedangkan cousin aku yang kahwin awal pon nasihatkan aku ;

"Kau tak payahla kak kahwin awal ni. Kalau nak kahwin tunggu la umur da 27tahun. Nanti da kerja kau kumpul je duit dulu, lepastu pergi melancong. Enjoy dulu puas-puas lepastu baru kahwin."

Aku senyum je la bila dia cakap macam tu. Yang baik kita ikut, yang tak baik, kita jangan ikut.

Itu pendapat aku, pendapat korang pulak macam mana?

Sebelum aku merepek lagi panjang, baik aku stop dulu. Till we meet again to the next update. Bye :)

No comments:

Post a Comment