si HANDSOME && si CANTIK!

Thursday

Darjah 1 zaman aku dulu tak sama dengan darjah 1 zaman sekarang


alkisah. aku nak bercerita sikit pasal adik sedara aku yang tak de gigi tu. okay, budak kecik yang comel ni sebenarnya baru berumur 7 tahun. darjah 1 la ni. Ada 1 ari tu, time aku balik kampung, aku bawa la dia teman aku pergi  Guardian, sebab lipbalm aku habis.

Sampai dekat Guardian, aku terus pergi kat tempat display alat-alat make-up tu.
Mula-mula aku pergi bahagian 'eye shadow'.

Aji : Kakak eqa tak nak beli ni ke?
Aku : Ni apa ni Aji? Akak tak tahu la nak pakai.
Aji : Ni eye shadow la. Alaa yang pakai dekat mata tu. Nanti mata jadi kaler-kaler. Cantik!
Aku : Owhh okayy.


Lepas tu aku pergi pulak bahagian blusher

Aku : Aji tahu tak ni apa? Pernah pakai tak?
Aji : Tahu. Ini blusher la, yang pakai dekat pipi. 
Aku : Yelaa, pernah pakai tak?
Aji : Pernah. Dulu umi ada beli, tapi, da habis da sekarang.
Aku : Owhh okayy.

Pergi pulak bahagian eyeliner.

Aji : Haaa, yang ni Kak eqa selalu pakai. Pastu ada ekor kat mata.
Aku : Pandai pon. Ni nama nya eyeliner la.
Aji : Akak tak nak beli ke?
Aku : Tak nak. eyeliner akak ada lagi. Akak datang sini nak cari lipbalm la.
Aji : Owhhh, lipbalm bukan dekat sini laa. Lipbalm dekat sana tuuuuuu.

Aji terus menarik tangan aku bersungguh-sungguh bawa pergi tempat lipbalm. Hambekkkk. Bersusun lipbalm depan mata aku. Pilihh je yang mana aku berkenan.

Aji : Akak pakai lipbalm apa? Kat sini banyak lipbalm.
Aku : Akak pakai lipice punya.
Aji : Haa, yang ini *sambil tunjuk Lipice Sheer Colour* ini dalam dia warna putih taw.
Aku : Alaaa. xnak la warna putih, nanti bibir akak tak de color.
Aji : Eeee. Kakak, ni lipbalm la. Memang la luar dia color putih. Nanti bila akak da letak dekat bibir, bibir akak jadi color merah taw. Betul.
Aku : Errrkkk. Okayy.
Aji : Akak jangan beli yang ni taw *sambil tunjuk Lipice Gloss
Aku : Kenapa?
Aji : Sebab nanti kalau akak pakai, bibir akak akan jadi berminyak, pastu melekit, pastu kilat-kilat. Tak cantik!

-.- Hamboiiiiiiiiiiiiiii. Bagi penerangan dekat aku details gila. So, aku decide nak beli Lipice Sheer Colour tu. Masa dalam kereta, aku tanya dia, macam mana dia boleh tahu pasal make-up2 ni, umi dia belikan ke?

Jawapan dia : Ehh tak laa. Umi tak belikan pon. Kawan-kawan kita bawa pergi sekolah, sebab tu kita tahuu. *dengan muka tak bersalah dia cakap macam tu.



tudiaaaa budak zaman sekarang. Pergi sekolah bawa make-up. Padahal time aku masa darjah 1 dulu, alat make-up pon aku tak tahu apa benda. Zaman da berubah. Choyyyyy.




No comments:

Post a Comment