si HANDSOME && si CANTIK!

Monday

Kerja aku tanam anggur, kau hado?

Bulan puasa bakal menjelma. Tak sampai seminggu je lagi. Ini bermakna, baki cuti pon tinggal lagi sebulan lebih. Dan sedar tak sedar sudah hampir 3 bulan aku duduk saja di rumah goyang kaki senang lenang. Before start cuti, aku la orang yang paling semangat nak kerja, walaupun aku tahu apa akan jadi at the end nya. Bayangkan, sepanjang aku hidup selama nak cecah 21 tahun, aku tak pernah berkerja, part-time or full-time. NEVER EVER! Cuma pernah sekali je aku kerja jadi promoter untuk 1 event tu, itupon sebab nak tolong Anis. Itupon kerja 4 hari je weyh. Sedih kan? Ohh sila kasihan dekat aku sebab aku nak rasa penat orang bekerja macam mana -.-


Ada 1 malam ni, awal Julai, aku tiba-tiba jadi tekad gila nak kerja. Lantak la mama,papa kasi ke tak. Sebab aku sangat bosan duduk rumah. Sangat BOSAN. Sumpah aku tak tipu. Dan dengan tekad dan semangat juang yang berkobar-kobar, aku pergi try tanya kawan-kawan aku yang ada kerja kosong.


Nasib menyebelahi aku. Ada kerja kosong. Esok terus aku pergi interview kerja. Dan aku diterima kerja. Ada 1 fair dekat 1 of shopping complex dekat JB, dia nak guna orang untuk 14 hari je weyh. Dengan tawaran gaji yang lumayan, dan masa yang singkat, aku pon terima!


Bila mama balik kerja, aku pon cakap dengan mama, ada member aku offer kerja jadi promoter, 14hari je. Aku siap cerita apa kerja aku, pukul berapa aku masuk kerja, berapa gaji aku. Mama setuju. Okay, pelik kan? Kali ni mama macam merelakan. Mungkin kesian tengok muka anak dia yang macam mintak penampar bila pujuk nak kerja. hahaha.


2 hari before aku start kerja, aku call papa. Nak maklumkan yang anak dia da dapat kerja :

aku : papa, Khamis ni akak start kerja taw.
papa : mama kasi ke?
aku : kali ni mama kasi.
papa : ohh okay, goodluck kak.


Akhirnya, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Kebetulan mama dapat MC hari tu, sebab mama demam. Pukul 10pagi aku da siap-siap mandi, pakai baju semua. Maklumlah, orang jakun baru nak rasa hari pertama bekerja. Kerja start pukul 11pagi. Aku keluar bilik wangi-wangi dengan muka tersenyum. Mama tengah breakfast time tu. Mama tengok aku atas bawah,

mama : nak g mana ni kak pagi-pagi ni?
aku : kerja la. hari ni kan 1st day akak kerja.
mama : tak payah la kak kerja. buat penat je nanti. baik duduk je rumah.
aku : akak bosan kot duduk rumah ma, da lama sangat cuti nih. tak tahu nak buat apa da.
mama : banyak kerja kak oii. pergi tolong-tolong Kak Ros kemas rumah. ringan sikit beban dia.
aku : tapi, akak nak kumpul duit.
mama : aiiikk, tak cukup lagi ke duit papa dengan mama kasi every week?
aku : okayy. ni last, akak nak cari pengalaman kerja la ma.
mama : tak de nya pengalaman. time cuti, is cuti. berehat je kat rumah.
aku : okay. *muka hampa giler.
mama : dah, jom breakfast dengan mama ni. mama tengah plan nak pergi Singapore.


Okay, menjadi kan taktik mama. Aku ni pula pantang je ada vacation, mesti sengih sampai ke telinga. hahahhaa.

Weekend tu papa balik, aku pon pergi mengadu dengan papa pasal aku tak jadi kerja. Nak tahu apa papa aku cakap?

aku : papa, akak tak jadi kerja la. mama tak bagi.
papa : laaaa, papa baru nak merasa kakak belanja makan guna duit gaji kakak tu.

pastu papa gelak sakan. fine fine fine. baik punya papa perli. Well, at last, aku tak kerja pon. Jadi penganggur terhormat je dekat rumah ni. Kadang-kadang jeles tengok kawan-kawan aku kerja. Agak-agak bila la aku boleh dapat peluang macam tu? Konfirm lepas aku habis belajar kan baru dapat green light kerja. Lambat lagi la weyhh.

OkBai.


7 comments:

  1. jeles jeles . best betol dok goyang kaki jek kat rumah kannn , hehe .

    ReplyDelete
  2. kenapa mama n papa kau same ea cam aku ??
    grrrrr ~

    ReplyDelete
  3. nanti adik bila dah masuk alam kerja. baru rasa macam mana, alam kerja bukanlah best mana. tapi dapat gaji mmglah best. HAHAHA!

    ReplyDelete
  4. beb , xpe la nnti lepas grad kau keja la puas2 . haha aku keja pun penat dorhhh . 1 hari nnti kau rasai sndiri kepenatan kerja . dh de mase duh umah tu , duk la sepuas2 nye .

    ReplyDelete
  5. HAHAHAH!!... Tak payah nak kerja sangat lar...

    ReplyDelete
  6. sama lah sygg. mama n ayah aku pon xkasi keja.
    --"

    ReplyDelete
  7. samala kita penganggur terhormat huhu

    ReplyDelete