si HANDSOME && si CANTIK!

Friday

gua kena saman polis.

hello. salam satu malaysia.

erkkk. why so serious? lek-lek sudah. nak tahu tak aku hampir kena saman polis. hampir weyh.. meh sini aku cite.

cerita dia macam ni. adik aku si baby tu, dia teringin sangat nak pergi One Utama (OU) tu. puas la dia memujuk rayu aku supaya aku bawa dia pergi OU tu. macam-macam habuan la dia dok rasuah aku. akhirnya, selasa lepas aku bawa jugak dia pergi OU. itupon sebab aku terlalu bosan duduk rumah dekat Kajang tu. tapi, sebelum keluar rumah, awal-awal lagi aku da warning dia ;

'By, aku bawa kau g OU ni kalau kau x bawa balik at least 1 beg plastik, kau siap'

dia senyum jer. ye laa, jaoh kot dr kajang nak ke area damansara tu. so, pukul 11 tu kitorang da gerak dari rumah. ntah macam mana, aku terlajak 1 simpang ni, so, aku masuk simpang tu last minute, bila da masuk simpang tu baru perasan yang ada polis tengah buat roadblock, apa lagi, sah-sah la aku kena tahan. dia suruh aku benti kat tepi. time nak turunkan tingkap, sumpah aku cuaakkkk giler beb. berpeluh. mana tak nya, this is my first time kot kena tahan polis. da la pakcik polis tu bermisai, aku da terbayang A.Galak dalam siri Gerak Khas hehehe.

'dik, mintak lesen.' kata polis tu.
aku pon cepat-cepat keluarkan lesen dari dalam purse. lepas tu bagi lesen dekat polis tu.
'awak tahu tak awak da buat salah. memotong di garisan yang panjang.' sambung polis tu lagi.
'erm tahu. saya sesat sebenarnya. silap masuk jalan' ecehcehceh cover baik punya.
'x kisah la awak sesat ke x, peraturan tetap peraturan.' okay polis tu marah.
'pakcik, nak ke OU lalu jalan mana?' lain yang ditanya, lain yang aku jawab. nak cover line punya pasal.
'jalan yang awak ikut ni da btol, lepas ni buat u-turn pastu lepas tol awak terus je. lepas tu jumpa la OU.'  pakcik polis tu bagi direction.
'ni kalau kena compound awak kena bayar rm300 taw.' sambung pakcik tu lagi.
aku da telan air liur, 'erkk, pakcik, tak boleh diskaun ke?' tanya aku.
'mana boleh diskaun kalau saya da keluarkan resit.'
'erk, bagi amaran pon tak boleh ke pakcik? lagipon saya bukan sengaja pon buat salah.' aku tetap nak pujuk pakcik polis tu.
'ni awak kerja kat mana?' tanya polis tu pulak.
'saya student lagi.'
'abes, ada duit tak nak bayar ni?' polis tu menyoal.
'sebab tu la saya nak mintak pakcik bagi saya amaran pertama dulu.'
'ohh tak pe, parents awak boleh bayar.' jawab pakcik polis tu. makk aihhhh pakcik ni.
aku diam je la. malas nak banyak tanya. sebab time tu aku da redha.
pakcik polis tu tengok lesen aku berulang-ulang kali. lepas tu tetbe dia bagi balik lesen aku TANPA surat saman.
'tak pe la. next time jangan buat lagi. awak boleh jalan.' fuhhhhhhhhh dengar ayat tu aku sumpah lega giler.
'terima kasih pakcik' balas aku sambil tersenyum sambil terus blah dari situ.

lepas blah dari tempat kena saman polis tadi, aku dengan baby da bantai gelak macam orang gila dalam keta. aku cakap dengan baby, if tadi kalau kena saman, kongsi duit weyh bayar saman. haha.


seperti yang dijanjikan, pergi OU tidak menghampakan apabila baby balik bukan setakat 1 je beg plastik, lebih 5 jugak la pompuan tu shopping sakan. dia kata dia memang tak pernah shopping lepas habis matrik hari tu, sebab tu dia balas dendam shopping.

lepas pergi OU, kitorang terus shoot pergi Times Square sebab aku pulak nak beli jacket. hahaha. dan hasilnya, malam tu bila sampai rumah tak boleh masuk rumah sebab kunci rumah hilang. hampehhhh. baby shiokkk shopping sampai lupa kunci rumah letak kat mana.

okayy. itu je. sekian terima kasih kerana sudi membaca.


1 comment:

  1. hahaha! nasib baik tak kena saman, kalau kena pon jgn risau, saya leh dptkan diskaun :P

    ReplyDelete